Tuesday, 22 December 2015

EPILOG

Assalamualaikum...


      Epilog itu bermaksud penutup cerita atau kesudahan sesuatu babak kann? Jadi... mungkin ini adalah entri yang terakhir merangkap penutup bagi blog aku ni *maybe~* Alhamdulillah segala tugasan untuk subjek Aplikasi Komputer bagi sesi kali ni telah selesai.. Banyak kenangan dan pengalaman yang aku tak akan lupakan sepanjang 14 minggu kelas 'Apps Komp' dijalankan..*lap air mata* Hee.. Terima kasih kepada Sir dan semua buddies 'set kursus 2' untuk semua kenangan!! So, fokus lepas ni adalah  final exam yang semakin menghampiri... kehangatannya semakin terasa sebab next week dah start final woahh.. cepat je masaa~ Exam mood still ON! So semoga Intan dan rakan-rakan seperjuangan sekalian dapat jawab final exam untuk semua subjek dengan baik untuk mendapatkan keputusan yang TERBAIK,CEMERLANG & TERBILANG! Amin! Okay byeeeeee~

-intann safrann-

Monday, 21 December 2015

Penantian Hampir Tiba . . .

Assalamualaikum..

Setelah berminggu-minggu penantian dan persediaan yang dilakukan... akhirnyaa.. harinya hampir tiba...bukan hampir tiba, ikutkan hari ni lah harinya!!*apa tah aku merapu meghaban ni haha*. Arghh! tak tahu nak gambarkan perasaan yang aku rasakan sekarang ni. 
Dah bercampur baur perasaan nih.. ada rasa risau, takut, cuaks, 
at the same time rasa happy!!
sebab tak sabar-sabar nak habiskan penantian ni dengan jayanyaa...hehe. 
Penantian apakah itu??... biarlah rahsia..hikhik! *rahsiaaa saaangat :p*. 
Harap sangat kami dapat lakukan yang terbaik pada waktu kejadian dan 
semoga semua urusan kami dipermudahkan hendaknya..Amin!
 Biarlah tanda tanya "???" tentang penantian ini..
 akan tetap terus menyelubungi diri andaa~~
Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ni..hahaha. Ok thats all. 
Bubye I kena tidoq awai..
*Jam menunjukkan pukul 1 pagi, masih awal bagi diriku* =P

-intann safrann-

Wednesday, 16 December 2015

PROLOG

Assalamualaikum.

     Tidak pernah terlintas dibenak fikiranku untuk mempunyai laman blog sendiri. Al-Maklumlah diri ini bukanlah seorang penulis yang "proffesional" *aiwah*. Disebabkan pemikiran seperti itu, aku tidak mempunyai keyakinan untuk mencipta blog sendiri apatah lagi bercoret-coretan. Sehinggalah aku diberi peluang untuk menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia, di mana untuk pertama kalinya aku perlu mengambil subjek yang berkaitan dengan iT iaitu Aplikasi Komputer. Subjek yang ku panggil "AppsComp" ini mempunyai beberapa set kursus, dan aku mendapat set kursus 2 (Set 2) yang diajar oleh pensyarah yang mesra disapa dengan panggilan Sir Azzwan :) . Bagi aku perjalanan kelas ini mungkin lain dari kelas yang lain kerana aku merasakan 'bonding' antara pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan  pensyarah adalah dekat dan mesra! Sehati sejiwa gitu!
Di dalam kelas ini juga aku memperolehi banyak ilmu baru, bukan sahaja ilmu yang berkaitan dengan komputer malah aku belajar apa itu 'kehidupan'. Kelas "AppsComp" yang dibimbing oleh Sir Azzwan telah mengorak langkahku yang pertama untuk ber'blog'. Maka di sini lah segala-galanya bermula~~

-intann safrann-

Monday, 14 December 2015

Kun Faya Kun !

Assalamualaikum peeps...

I hope you are all doing fine, enjoying life like I am! hehe. For this entry I just want to share the words that touched my heart! (sbb sesuai dengan situation yg dihadapi sekarang nih..huhu). Btw I found this words when I'm scrolling through my instagram.. So I really hope that you olls can understand the words deeply in your heart! Just believe in Allah, He knows everything~ :')


'You pray and pray
spending long hours in Sujood
crying your heart out to him
asking Him to give you something,or
maybe to remove some harm from you.

But no matter how hard you supplicate
sometimes your duas just
dont seem to get answered.
Don't get disheartened or frustated.
It is in these moments that you
need to  show faith and belief in Him.

He didn't give it to you at that time
because it would bring you
more harm than good.
Delay doesn't mean denied.
Or maybe what we are asking for
isn't good for us.
He knows. He knows it all.

For indeed He is Al-Samad - The One that
everything relies upon.
Believe in Him to bless you with
what is right for you.
And, be patient.
Be patient.
Allah has heard your duas
And He is going to answer them
beautifully in ways you not know of.
And bless you with what's
Best for you.
How generous and kind is our Lord.
SubhanAllah!

 R O A D    T O   F I N A L    E X A M  !!!

 -intann safrann-

Monday, 7 December 2015

A P A I T U S A T A ? ? ?

  Assalamualaikum..

   Hai! nak share sikit pasal SATA ! Eh tu Aziz SATAr.. nama orang..haha ni aku nak citer satu jenis makanan tradisional berbungkus daun pisang yang terkenal kat negeri Terengganu. hehe. First time aku rasa and try test sata niii..memang perghh laa memang nyummyy!
Sedaappp hingga meenjilat jari weh!

Waktu tu pergi jalan-jalan dengan family kat negeri penyu! Ganu Kiter! haha so memang banyak laa gerai-gerai kecil yang menjual sata nii. Dalam perjalanan dari Bangi ke Kuala Terengganu ambil masa sekitar 8 jam kann? tak silap I laa..haa kalau dah masuk kawasan ganu, memang akan nampak kat tepi2 jalan tu mesti ada orang jual sata,kepok lekor semua.. Setiap gerai yang ada jual sata..abah aku mesti akan berhenti untuk beli. Kiteorang adik beradik nihh laa yang akan menikmati mkanan tu dalam kereta sampai tinggal daun pisang je..hahahaha. 

Sata ikan memang terbaik! Lagi-lagi makan tengah panas-panas! Fuhh.heaven! Hmm ni rasa nak makan sata ni.. kat area bangi memang susah laa nak cari sata..huu. Tapi bukan semua orang suka sata nii..ikut tekak masing-masing laa, tekak aku ON je semua makanan..ehehe. So kalau singgah Ganu Kiter jangan lupa try sata okay! Confirm nak makan byk kali non-stop~ 

Haa ni lah sata! Yang hangus2 tu paling sedap.hikhik.

Haa nampak tak isi diaa..oh my terliur dah aku!
Sekali ngapp!

-intann safrann-

INF = Impian 'Not' Fantasi

 Assalamualaikum...

         Semua orang ada impian, semua orang ada cita-cita, semua orang ada matlamat hidup yang hendak dicapai,, persoalaanya adakah impian itu menjadi kenyataan atau hanya sekadar fantasi semata? Fuhh. Okay2... cukup2... ni Intan ke ni?? Intan tak pandai nak bermadah-madah ni.. Intan bukan seorang yang pandai buat ayat-ayat puitis ni. eceh! hahaha.
*tapi kali ni nak try tulis ayat baku sat =P*
Moh2!
         Yup memang betul semua orang ada impian termasuk lah diri saya~ Secara am atau umumnya impian aku adalah untuk menjadi seorang yang berjaya di dunia dan di akhirat kelak! Aku pasti semuaa orang ada impian yang sama macam aku.kan kan kan?? Secara dasarnya aku nak jadi seorang wanita yang berprinsip! bekerjaya! berfikiran jauh! berani kerana benar! berwawasan tinggi! haa impian ni semua jadi SATU! So yeah itu antara impian aku... bagi aku seorang wanita yang ada ciri-ciri seperti yang aku idamkan tadi adalah seorang yang perfecto! hehe okay iols tahu.. tiada manusia yang sempurna tapi kita boleh perbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik kann.. Okay! 

        Secara spesifiknya dari segi duniawi, impian aku adalah untuk mendapat 'DEAN'S LIST' untuk sem ni! InsyaaAllah Aminn~ Woah tinggi nyer impian kau Intan? haha takpe biar impian setinggi langit! Ya, kadang-kadang tu impian hanya sekadar impian~~ Tapii aku percaya setiap impian itu perlu disertai dengan usaha untuk menjadikan ia sebagai REALITI walaupun aku tahu semua tu amat susah dan bakal mengundang putus asa! Tapi bak kata 'omputeh'...

DREAM IT, BELIEVE IT, ACHIEVE IT. <3

         Sebagai seorang pelajar seperti aku ni  memang tugas dan tanggungjawab aku adalah untuk belajar... takde benda lain nak difokuskan! Fokus belajar je..fikir masa hadapan dan perasaan ibubapa! Bila aku hampir nak putus asa dalam jalan ni,, aku akan ingat bahawa aku ada Allah., Tuhan yang mentadbir seluruh alam. Sebagai seorang hamba kepada-Nya, aku hanya mampu mengadu dan meminta! Sebab aku lemah dan tiada apa-apa.. so dalam menuntut ilmu nii memang banyak ujian yang menghampiri diri kita... 



           Sentiasa pujuk diri bahawa ujian tu tanda kasih-sayang Dia kepada kita! Aku selalu pegang kata-kata ni "Allah tak pandang pada hasil,tapi pada usaha! Just usaha usaha usaha!" Jadi aku yakin bila kita dah DOA, USAHA , IKHTIAR dan TAWAKAL! Hasil yang kita akan dapat nanti adalah yang terbaikkk buat diri kita.. sentiasa bersyukur dan teruskan perjuangan dan tingkatkan prestasi! ehehe InsyaAllah!



           Akhir kalam, semoga impian aku menjadi kenyataan dan bukan fantasi! Okay entry kali ni sempena RoadToFinal~ Lagi 2 minngu nak final exam!! woot2~ Wish me luck gais! Semoga kawan-kawan semua dapat membanggakan ibubapa masing-masing! Love yaa. <3

p/s: Actually tajuk entry ni based on akronim dari nama aku...HAHA
       'Intan Nur Fairuz'.k bye!

-intann safrann-   

Monday, 30 November 2015

Masa itu Emas?

Assalamualaikum..

     Pejam celik,pejam celik...dah nak dekat Final Exam! Padahal rasa baru je masuk uni semalam.. huhu. Sejak dua menjak ni.. masa berjalan sangat pantas,, tak terkejar mak oii~~ T_T

      Tanggungjawab yang nak dibuat melebihi masa yang adaa~ Nak tak nak memang kena pandai bahagi masa, lagi-lagi pelajar uni nihh..lagi-lagi first-year student macam I nii... My aunt gave me some advice,.."Intan kena belajar time management and determination..nanti waktu kerja kena multitasking.." huu. Tak kerja lagii pon dah rasa multitasking..eh! 

      Yeahh apa-apa pun masa tu sangat lah berharga! Teringat satu nasyid tajuk 'Demi Masa' by Raihan.. "Demi masa~sesungguhnya manusia di dalam kerugian~~...." haa actually lirik nasyid ni berdasarkan surah Al-'Asr dalam Al-Quran.  So memang kita dah diberi peringatan bahawa manusia ni berada dalam kerugian kalau  tidak menjaga masa dengan sebaiknya. huu. k selamat beramal!

-intann safrann-

Varsiti Kita!

Assalamualaikum..

      By the way, untuk tema kali ni  kami kena pilih satu huruf yang berlainan antara satu sama lain. Aku dah terpilih huruf  'V' tanpa memikirkan tajuk entry..adeh! so last2 minute ni baru sampai ilham nak buat tajuk apa...maka tercetuslah 'Varsiti Kita'. Kami bangga menjadi pelajar UKM! *tetiba* Layan je laa ae.haha.

      Yeah! I know tajuk yang aku pilih kali ni sangat gempak,mantap,kau memang GEBOM! kan kan kan? hahaha. Hmm siapa warga UKM tu tahu laa... sbb tajuk ni sangat dekat dengan jiwa-jiwa dan hati-hati mereka..eheh!

       Actually Varsiti Kita ni lagu tema UKM..hehe. Waktu minggu 3M (minggu orientasi) memang setiap masa kiteorang akan dengar lagu nii.. sampai boleh hafal laa :p Hee jujur cakap "Varsiti Kita" antara lagu tema yang best aku pernah dengar... if lagu nih diputarkan, aku lah yang akan menyanyi dengan penuh bersemangattt... haa percaya laa!.

      Hmm actually lirik Varsiti Kita ni mempunyai seribu makna yang perlu kita hayati... cuba lah layan lagu ni sekali sekala..confirm terhibur..hehe. Haa boleh search sendiri kat Youtube yee~

K tu saja..nah hakak payung lirik lagu ciked!



VARSITI KITA

Lihat Kampusku yang tenang
Damainya alam ciptaan Tuhan
Paduan ilmu dan keimanan
Amal dan jerih digabungkan
Lautan ilmu kita harumkan
Sumber ilmuan berkembangan

Inilah Varsiti kita
Ditengahkan hasrat rakyat kita
Dari mula untuk semua
Bagai tanda perjuangan kita
Bangun berbakti membela
Memupuk insan jiwa bertakwa
Memimpin manusia semua
Kenal akan adat unggulnya
Membina negara sentiasa
Maju berilmu dan bahagia
Inilah Varsiti kita
Ditengahkan hasrat rakyat kita
Dari mula untuk semua
Bagai tanda perjuangan kita


Komposer : Nazri Ahmad
Lirik : Muhammad Hj. Salleh


-intann safrann-

Monday, 23 November 2015

Emosi

     Assalamualaikum...

      Yaa setiap hari emosi aku akan berubah-ubah mengikut keadaan semasa..cehh. Biasa lah nama pun perempuan kann.hehe. Sometimes dalam satu hari tu aku rasa happy sangat sampai terkeluar perangai gilaa..hahaha. Bahaya jugak en kalau tak kawal :P Emm bila tengah marah  pulak..aku akan diam je. haha tak reti sangat nak meluahkan rasa marah  kat orang dengan kata-kata.. melainkan orang tu adalah adik aku.haha tu memang senang je nak marah on the spot.muahaha. So kalau nampak aku diam satu hari suntuk.. ada la tu yang tak kena.eh eh.

Macam-macam tindakan boleh berlaku bila kita tengah beremosi kann...tapi orang selalu suruh kita kawal emosi marah ni..yeah cakap memang senang, tapi bila dah "meletopsss" memang kau takkan ingat dah nak kawal emosi marah bagai. Tu la bila tgh marah elok jangan bercakap,takut kata-kata yang terkeluar dari mulut kita tu akan menyakitkan hati seseorang, tgh marah enn.. mana sedar apa yang kita cakap..so better diam je dulu. At least kau sakit sorang2, tapi tak menyakitkan hati or perasaan orang lain. eh betul ke?? hahaha pape je la. Bagi aku terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya. Sekian.


-intann safrann-

CUTI 2

Eh jumpa lagi, nak sambung cerita Cuti ~ hahaha

          Masa kami nak solat Zohor tu..tiba-tiba.. hujan turun dengan lebat secara mendadak. Memang lenjun laa kann if  ber'explorace' time hujan lebattt. haha. Tapi alhamdulillah sebaik kami selesai je solat zohor, groupmates semua dah ready nak gerak ke 1st checkpoint.. hujan pun reda and tak lebat macam sebelum ni,, and just nak highlight kan bila kita dahulukan yang wajib, Allah akan mudahkan urusan kita.. See! hehe.

           First checkpoint terletak berhampiran dengan surau kami solat tadi.. ada dua orang fasi jaga..tak sure la nama game ni apa..yang aku ingat conclusion game ni nak mengajar seseorang untuk belajar bermasyarakat...dalam kehidupan ni kita tak boleh hidup sorang2.. walau semudah or sesukar mana pun kehidupan seseorang tu, we need each other to survive!! yeah. Haa habis first task kami diberi markah oleh fasi yang jaga checkpoint ni..haha paling lawak kiteorang satu group kena "wefie" buat muka paling buruksss untuk dapat markah lebih.lulz. 

          Second checkpoint kami kena  cari bahan-bahan kitar semula yang berada di sekitar pantai dan gunakan bahan-bahan tu untuk dijadikan kasut/selipar..haha so sementara nak fikir idea inovasi buat kasut kitar semula nih..kami skip terus pergi ke checkpoint yang ketiga iaitu "lukis&teka!" haha ni kot nama game ni..entah la nakkk~ kira game ni lebih kurang game dalam reality tv show "Running Man".. pada sesiapa yang tengok tahu lah kan! muehehe

        Orang first kena lukis berdasarkan soalan yang diberi, then lukisan tu kena tunjuk kat org second, pastu org second ni kena lukis berdasarkan lukisan org first..org third pon sama..sampai orang yang terakhir dia kena teka apakah lukisan tersebut.. memang macam2 bentuk lukisan keluar wehh haha, ada yang sepatutnya kena lukis koala bear tapi lukisan macam gajah.hahaha nasib laa.

        Then bila dah dapat markah untuk 3rd checkpoint, kiteorang sambung cari bahan recycle nak buat kasut, last2 kasut yang kiteorang nak buat terdiri daripada kertas A4,polystrene dan plastik. haa bayangkan la sendiri gyupa kasut kiteorang,,,haha kalau sekali pandang macam org sakit kaki pakai kain anduh pon ada...haha watever~ Yeay chckpoint 2 pon dah dpt markah dah settle,akak fasi tu gelak je tengok inovasi kiteorang, sbb wakil kumpulan kena pakai kasut tu dan jalan sepuluh  langkah untuk tgok kestabilan kasut tu,,,haha 

         Pastu gerak ke checkpoint 4,5 dan 6... haa game2 kat setiap chckpoint ni pon best! Haha tapi malas nak citer. Yang aku heksaited sangat nak shareee ni.. habis je explorace, kiteorang ada aktiviti bebas sampai pukul 6...then apa lagii memang terjun laut laaa...haha lama tak mandi laut, so cuti hari tu memang seronok sangat mandi laut dgn kawan2.Best sebab first time try mandi kat bahagian dalam2,usually aku dok kat tepi2 persisiran pantai je =P

           Dah gerak nak balik uncle bas stop kan kami kat pasar malam pulakk. Fuhh mmg heaven jumpa makanan lepas dah bermandi-manda!! haha k lah sampai sini je. Aku tengok macam essay SPM dahh entry kali ni. XD

-intann safrann-                    

Monday, 16 November 2015

CUTI

Assalamualaikum.

          Yeay!! Cuti midterm dah habis...  tak sabar nak belajar..tak sabar nak masuk kuliah~~~ *sambil melompat-lompat kegembiraan*. Hahaha nampak benor nipunyaa kann..huuuu T_T

         So nak cerita sikit pengalaman waktu cuti baru-baru ni pergi Port Dickson..hee bukan family day tau! Tapi kiteorang pergi sana untuk Hari Induksi Kelab Wawasan. Kelab Wawasan tu apa? haa Kelab Wawasan ni salah satu kelab yang ditubuhkan kat UKM ni..so basically kelab ni dibawah KAB (one of kolej kat ukm) and aku lak dok kat KKM..cam takde kena mengena kann..haha  aku join kelab ni sebab ikut kawan lol...takde la.. sebab kelab ni banyak buat aktiviti-aktiviti yang menarik antaranya ialah BagPack ke Indonesia..haa tu buat aku tertarik join kelab ni. Okay rasanya setakat tu mukaddimah pasal kelab ni..=p

        So berbalik kepada trip aku ke Port Dickson dalam masa satu hari,,iyee hanya 1 hari! dalam masa yang singkat tu aku dapat macam-macam pengalaman yang baru. Hee kiteorang gerak pergi sana pagi dalam pukul 8 lebih cam tu... naik bas 'yukeyem"..hehe. Pastu sampai sana tak ingat kol bape sebab tak tengok jam..tapi perjalanan dari Bangi ke PD tak jauh mana punn.. 

      Sampai je kat PD.. kiteorang berkumpul kat foyer, pastu diberi sedikit pengenalan tentang Kelab Wawasan then bermulalah aktiviti pertama, Ice Breaking..masa ni kiteorang dibahagikan kumpulan mengikut bulan kelahiran.. tak boleh lupakan bila kumpulan aku dipanggil untuk memperkenalkan diri..tapi sorang je wakil kena memperkenalkan setiap ahli kumpulan ..and wakil kumpulan tuu AKU lahh yang kena,,lulz. Nak kenal kan nama sorang2 ok lagii..tapii kumpulan lain tanya nama mak ayah setiap ahli dalam group aku tuu...memang aku hentam je nama parents dyorang,dyorang pon angguk-angguk kepala je tanda "haa betul la tu nama makpak aku" hahaha walaupun salah.. nak nampak chemistry punya pasal. XD

        Next activity, EXPLORACE!..kiteorang diberi masa dari jam 12.50 tgh hari sampai 3.30 ptg untuk completekan 3 tasks iaitu  makan, solat and settlekan 6 checkpoints. So memandangkan waktu solat masuk awal, group Khalid Al-Walid (nama group kita.hee) solat dulu sebelum pergi ke checkpoint pertama.. tiba-tiba..

k..to be continue InsyaaAllah.... *wait for the next entry yo!haha*


-intann safrann-

Thursday, 12 November 2015

Ehh aku dah kahwin !


Oh tidaak~ dlm beberapa saat je lagi status single aku akan bertukar . "Aku nikah kan dikau dengan...." . sah ! sah ! ehh betul ke ni aku dah bergelar isteri . Saat pertama kali aku salam cium tangan suami aku tuhan saja yang tahu perasaan aku masa tu. perrrggh! seriously rasa macam nak tekeluaq jantung nih ! seram sejuk aku di buat nya . rasa nak pengsan weh. first time bersentuhan tangan.

Di permulaan awal perkahwinan, jujur memang aku kekok sangat dengan suami aku tu. Al-maklumlah sebelum ni single mingle semuanya buat sorang2, tak payah nak fikir macam macam. Kalau boleh biar lah perkahwinan aku ni berpanjangan hinggalah ke akhir hayat. 



Kahwin ni bukan sehari dua . Masih panjang lagi perjalanan. Sepanjang tempoh tulah masa untuk aku mengenali hati, perangai suami. belajar untuk menerima kekurangan dan terima suami seadanya. first time aku panggil suami aku "abang" euuww peliknya, aaabaang! haha! Nak cakap face to face pun malu taw. Rasa macam nak sorokkan je muka ni dekat mana2 tempat yang boleh aku sorokkan. hikkhik gurau je tu.


Dulu semuanya terbatas, heheh sekarang nak menggedik sama sama pun tak apa. Contohnyer gurau gurau manja, cakap i sayang you! apa apa lah kan . hehee...hyeepp! yang couple tu jangan dok nak menggedik mengada ngada taw.





Alhamdulillah usia perkahwinan aku dah pun nak dekat setahun. Dimata aku, suami aku lah yang terbaik sebab diya aje lah yang dapat terima perangai aku kekadang yang annoying unpredictable nih.. Aku juga dikurniakan seorang cahaya mata yang sangat comel. eh eh naik pangkat lagi status aku! mama kau! haaaha!


Antara tipsss ! hehehe selebihya korang carik lah kat Mr Google ! click aje tips tips dalam memaniskan lagi rumah tangga nih. hehe 




         Luahan hati seorang isteri dan juga seorang IBU~  - Aisyah -


 p/s: short story nii based on pengalaman kakak ipar aku,,, not me yaa !! hahaha =p



    -intann safrann-

Tuesday, 10 November 2015

Current Mood


Assalamualaikum.


Hampir 4 hari cuti midsem berlalu pergi and baki cuti kurang lebih 5 hari lagi...
Aktiviti waktu cuti mostly memang mereput kat rumah laa..huu

Sebelum cuti bukan main lagi dalam kepala ni dah fikir macam-macam benda..
nak siapkan assignments laa,study for final exam,.. ituuu... iniii...
Last-last... hampehhh~ =p
'What to do list' dah semangat buat hari tuuu...
Tapi sampai sekarang tak start apa-apa lagi. 
Oh Intann! Wake up wake up! 
Ehee..bila dah balik rumah.. nak duk tegak-tegak kat study table,
buka buku menelaah setiap subjek at least 30 min...
Oh my~~ memang tak pernah jadi realiti laa,
semua tu hanyalah mimpi semata-semata..haha.
So this time I nak cabar diri sendiri untuk completekan all my To-Do-List..huu
Nothing's impossible kann?
Wish me luck! 


-Intann Safrann-

NAFSU

Assalamualaikum...



Tengok tuu tak sia-sia Po, my panda belajar Kung Fu selama ni...
dapat pon dia gunakan ilmu kung fu untuk melawan hawa nafsu...
eh eh eh k mengarut! hahaha 

Bukan nak berceloteh pasal Kung Fu Panda..

Tidak sama sekali!

Entry kali ni I nak share sikit pasal N A F S U !

Yeah sebut senang, hanya ada 5 huruf .. Tapii nak mengawal nafsu teramatlah payah,sukar,susah dan yang seangkatan dengannyaaa. Nafsu ni dari segi ilmiah nya adalah keinginan manusia yang tersirat dalam akal pikirannya.

 Kalau kita cakap pasal nafsu ni mesti fikir perkara negative jee kann?? hee 
ye la contoh nyer yang pompuan ni selalunya nafsu shopping... nafsu makann..
 memang tak boleh nak dipisahkan la gamaknya..hahaha
 Walau setinggi manapun keinginan kita untuk ber"shopping", pleasee jangan sampai berlaku pembaziran..ye la duit dah mengalir bak air sungai yang deras kan... =P

*actually tengah ingatkan diri sendiri supaya tak BOROS!* Adeh~ 

Nafsu makann lagi laa...bila dah start makan tu kadang2 tak boleh nak stop..haha mulut tu asyik nak mengunyah je 24/7.. Haa agak-agak rasa nak menterdarah tu,ingat pesanan ni
 "Makan sebelum lapar,berhenti sebelum kenyang". Ok! Hehe. 

Nafsu ada yang baik jugak iaitu nafsu yang tidak bertentangan dengan hati nurani serta perintah-perintah dan larangan-larangan yang Allah dah tetapkan. Haa ni daripada pembacaan aku laa. 

Dalam Islam terdapat beberapa jenis nafsu kategori baik dan buruk..
Boleh la search sendiri untuk tahu lebih lanjut..

Akhir kata jangan biarkan nafsu mengawal diri kita 
sebaliknya biar kita yang mengawal nafsu.


-Intann Safrann- 


Tuesday, 3 November 2015

Again Random !

Assalamualaikum...


           Haiii..hehe yeah macam biasa laa.. mood aku untuk menulis blog datang waktu 1,2,3 pagi. Now dah pukul 2 pagi.. aku still kat cafe buat assignments yang tiada kesudahannya (nak dapat line wifi punya pasal) *ceh*. 

         Takde laa sebenarnya baru siap assignment apps comp yang sir bagii..hahaha. Alhamdulillah dah selamat submit. fuhh legaa~~ Tu punn alhamdulillah lahh ada sahabat-sahabat yang sudi membantu,memberi tunjuk ajar, bagi guna printer tengah-tengah malam buta ni... Thank you girls! *takyah sebut nama la eh* You all know who you are~ ehehe =))  btw padan muka diri sendiri! siapa suruh buat kerja last minute. Nasib la Intannn~  

         Tajuk Access ni aku still blurr blurr lagii..huu hope kelas apps comp nnti dapat bagi tumpuan sepenuhnya, dapat faham dengan mudah bab database etc, andddddd hope sangatt aku tak terlelap masa sir ajar..eheh. =p  K bila ckp pasal tidur ni.. masa pon dah time. Lets zZzZzz~ Byee ! Good Mornight peoples !


-intann safrann-

Monday, 2 November 2015

MAKANAN

Assalamualaikum...


     Hai Hai Hai ! Lama aihhh tak buka blog niii...minggu nih agak busy dengan Midterm exam. Hee. Tapi takpe now ada peluang nak bercoret-coretan~~~~ hewhew

     Ok kalau nak tahu last week Sir bagi tema "Makanan"... and masa kat kelas Apps Comp time tu, aku dah laa tak breakfast lagiii... tuptup sir sebut pasal makanan..mmg perut aku terus buat "konsert" weh ..berkeroncong bagai..hahaha ok dah dah habis merapu. =P

      So macam aku ni seorang yang tak memilih sangat bab-bab makanan ni..kira tak cerewet laa. Aku makannn je semua makanan kat dunia ni yang penting mesti halal wa toyyiban ye~

       Tapiii percaya tak yang aku tak pernah makan PETAI ..selama aku hidup hampir 20 tahun nii...tak pernah sekali pun aku try makan petai.. tapi pernah la jugak nak tahu rasa petai tu macam mana semua. Tapi tak tahu laa  memang petai tak boleh nak masuk kat tekak nih.. huhu. [ byk betul 'tapi' kan..hehe]

      If my mom masak Sambal Udang PETAI ke, Sambal Sotong PETAI ke... si Intan ni akan ambil sambal dengan udang je, akan ambil sambal dengan sotong je... petai takkan disentuh langsung. Kadang-kadang tuh kalau TERambil petai sekali.. memang petai tu akan ku susun rapi dikeliling pinggan..hahaha buat hiasan jee.

       My fav food of course laa masakan ibu tercintaa..hehe *ayat cliche sgt*  Eh betul laa itulah hakikatnya..muehehe Entah la takde specific makanan yang aku suka... I bantai je semua makanan haha.

       Okay tu je untuk entry kali ni...if aku rajin nnti aku sambung lagi eh bab makanan ni..sbb citer makanan ni mmg tak pernah ada penghujungnyaaa...hehehe.

        -intann safrann-


Tuesday, 27 October 2015

Random!

Assalamualaikum..


        Jam menunjukkan 12.30am.. yeah dah masuk hari Selasa, dan 8am nanti kelas Apps Comp.. dan aku tak tahu nak cerita apa...hehe.

        Actually I baru selesai latihan perbarisan sempena Majlis Penutupan SUKEM 2015 yang akan berlangsung pada hari Rabu ini, jom meriahkan stadium malam Rabu nanti!!! yeah aku sibuk dengan SUKEM ..huhu ye laa once dah terlibat dalam sekretariat sukan memang wajib turun padang laa...heee walaupun penat but it was really fun though! Banyak pengalaman baru yang aku dapat daripada sukem nii..hee

          Dapat peluang jadi penyelaras untuk sukan Golf... yeah of course laa tak reti main golf..aduhai~ haha camne boleh pegang sukan ni pon tak tahu laa...haha.. so kerja aku adalah bagi maklumat-maklumat players golf kepada pihak atasan..pastikan pemain cukup..uruskan latihan players, kebajikan players dan yang sewaktu dengannya..hahaha gitu laa.

           Masa hari tournament golf tu... players golf semua dah dipecahkan mengikut kumpulan masing2 untuk ke destinasi tertentu...sebab diorang semua kena mengharungi sembilan lubang/halangan..kira setiap lubang tu lain2 tempat. So diorang semua disediakan buggy golf..player bawa sendiri buggy tu... satu buggy dua orang..hahaha best je tengok.

          Yang aku ni sebagai penyelaras kena duduk kat cafe jeee....huuu waktu tu memang boring wehh, nasib la ada pengurus golf sebagai peneman.. Tapi boring tu sekejap je, hilang boring bila salah seorang pegawai golf, Encik Fairuz (sama pulak nama dengan I kan hikhik ) mempelawa kami untuk sarapan pagii, okay! lagi best bila Encik tuu belanja kiteorang makan pagii tuu..hehehe. Murah rezeki diaa~

          Perut pun dah kenyang... tapii masih menunggu pemain-pemain untuk habiskan game... So aku dengan pengurus golf tu boring lagii.. So kiteorang pon minta izin Encik Fairuz  nak guna buggy..hahaha  and guess what... dia bagi kot kiteorang bersiar-siar dekat Danau tu naik buggy..ohhoohhh heaven sangattt..hee i'll never forget every single moment.. especially naik buggy!

          Haa lagii satu I join sukem bola baling ...jadi player. Walaupun team kami takda rezeki nak dapat pingat,  tapi aku sangat kagum dengan komitmen, semangat dan kesungguhan team bola baling kami sepanjang latihan sehingga hari perlawanan berlangsung, terutama sekali coach kamii yang banyak memberi tunjuk ajar dan kata-kata positif...heeee.

         K thats all. Bubyee.


     -intann safrann-   
           

Monday, 26 October 2015

SESAL

Assalamualaikum...


      Minggu lepas merupakan Minggu Amali Makmal Sedunia ! So yeah semua set Aplikasi Komputer memang habiskan lab test minggu lepas terutamanya kelas Sir Azzwan laa, set 2 dan set 4...hewhew.

       Memandangkan diri yang bernama Intan ni memang noob  bab-bab iT ni... seriously bab-bab komputer ni memang lemah sangat ='( so bila tahu je ada lab test.. memang macam-macam benda fikir kat kepala ni... memang cuak laa sebab first time belajar Aplikasi Komputer, before ni pun memang tak pernah ada pengalaman buat amali makmal.

      So before lab test hari Selasa tuu, try laa buat contoh soalan lab test yang sir bagi...kira nak revise balik laa. Ingat lagii waktu tu Ahad malam, roommate dah tidoq, I dok terkial-kial lagi buat contoh soalan lab test tu.. padahal tengok nota kot. Tu pun ada soalan tak boleh nak buat.. huhu nampak sangat nota tak lengkap kann.. adeh!

       Bila dah banyak soalan yang tak tahu nak buat tuu, aku ambil peluang hari Isnin (sehari sebelum lab test) untuk jumpa Sir Azzwan .. memang aku carii sir sampai dapat weh...haha sebab tu je last chance nak tanya soalan yang aku tak paham.. Dah tunggu kat depan bilik sir, tapi sir tak muncul2, at last ada akak tu bagi tahu sir ada kat makmal 1. Aku pun apa lagii berlari pergi sana..haha lupa pulak waktu tu set 4 buat lab test kat makmal 1.Alhamdulillah jumpa pun sir...

      Waktu tu memang dah ptg sangatt dah..dalam kol 6 lebih cam tu (memang waktu lecturers balik rumah).. aku ingat sir dah tak nak layan aku nii,, tapii sir sanggup tunggu and ajar soalan2 yang aku tak faham tu satu-satu siap bagi tips lagii,..hehe Thank youu Sir! waktu tu ada sorang kawan aku jugak yang tanya soalan. So dah faham nak buat soalan, baru lah rasa confident nak jawab lab test hari Selasa tuu.hee

       Bayangkan if aku tak faham,,Aku tak tanya sir tapi aku diam jee,, memang SESAL kemudian, menangis tak berlaguuu laa jawabnyaa.. huhu.

       Apa-apa pun lab test 1 dah lepas and alhamdulillah semua dipermudahkan. =)



       -intann safrann-
   

Sunday, 18 October 2015

Jerebu dan Jerebu Lagii~~~


Assalamualaikum..


      "Hari ini jerebu teruk sekali sampai tak boleh nak buka mata.... pemandangan BLURRR.. mmmm.. Cuti kah esok?? Pelajar PT3 sudah MERDEKA ! SPM menyusul~ Jerebu tetap dengan jerebu nyerr.. Adakah esok CUTI?? Guru- guru dan murid-murid dah tak larat nak makan asap dalam kelas... Adakah esok CUTI?? Bukan kerana guru-guru suka cuti~ tetapi keadaan yang tidak mengizinkan untuk ke sekolah, dek kerana asap tebal di dalam kelas... Adakah esok CUTI?? "


         Okay..kali ni entri aku nampak pelik tapi benar...hahaha. Actually kata-kata kat atas tu adalah luahan hati daripada seorang insan bernama GURU... nampak tak harapan seorang guru nak sangat cuti esok...ha ha ha. ya, esok Isnin,19hb Oktober. Mudah-mudahan impian mu tercapai wahai GURU !


          Apa-apa pun  pelajar,pensyarah dan kakitangan UKM tetap akan meneruskan perjuangan mereka seperti biasa kerana tiada cuti buat mereka pada esok hari.. Semangat !! Sekian. =p



  - intann safrann -

BEBAN !



Assalamualaikum..


          Beban?? Yup bagi aku semua orang ada beban hidup masing-masing... semua orang menghadapi dugaan dan cabaran hidup.. kadang-kadang sesuatu dugaan tuu terasa sangat berat untuk dihadapi. Well that's life~

         Bagi seorang pelajar seperti aku, kita akan rasa bahawa assignments setinggi gunung itu adalah beban.. yay or nay? Actually assignments setinggi gunung Kota Kinabalu atau setinggi gunung Everest sekalipun, itu bukanlah beban.. bukan beban... tapi itu sememangnya tanggungjawab bagi seorang pelajar. Ya! assignments itu adalah tanggungjawab, bukan beban!

           Apabila kita tukar perspektif terhadap sesuatu yang kita anggap beban kepada tanggugjawab... maka kita akan buat sesuatu perkara tu dengan lebih enjoy dan tak rasa itu satu bebanan. Haa dapat la kurangkan stress kann.hee :))


“Once your mindset changes, everything on the outside will change along with it.” 




        - intann safrann -

Monday, 12 October 2015

Hanya Pada-Mu

Assalamualaikum....


Alhamdulillah untuk segala nikmat... ThankYou Allah!


           Setiap orang pernah menghadapi masalah or dugaan hidup..kann? CONFIRM! Tapi dugaan or ujian tu Allah bagi mengikut kemampuan diri masing-masing. So bila ada problem, jangan cepat menyerah,jangan cepat putus asa,... setiap masalah ada penyelesaiannya. Ingat kita ada Allah, and you know what..Allah datangkan ujian, tanda Allah sayang kitaa, Allah rinduuu kitaa , Allah ingat kita! Allah rindu nak dengar doa hambanya.. sebab manusia sering lupa dan alpa so bila dapat kesusahan baru ingat Allah, baru nak berdoa ..huu.Na'uzubillahiminzaalik~ Allah uji kita, nak lihat sejauh mana kekuatan dan kesabaran kita dalam menghadapi ujian tersebut. Allah akan naikkan darjat bagi orang-orang yang sabar menghadapi ujian-Nya...


            Skop ujian tu luas...ujian bukan setakat apabila sesorang tu ditimpa kesusahan semata..tapi kekayaan dan kemewahan yang Allah berikan kepada seseorang tu pun merupakan ujian, Allah nak uji sama ada seseorang tu bertambah sombong, riak, bermegah atau sentiasa bersyukur,dermawan, sering menghulurkan bantuan apabila diberikan kekayaan. So, ingat kehidupan di dunia hanya sementara, yang kekal di akhirat.. tapi matlamat kita adalah untuk berjaya di dunia dan akhirat. Insyaa Allah aminn.


             Sekadar perkongsian, Jom sesama amalkan Ayat Seribu Dinar!
    

Surah At-Talaq


So,berikut merupakan kelebihan dan hikmah mengamalkan Ayat Seribu Dinar, InsyaaAllah akan:‎


‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎

‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.

‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, ‎kezalimandan bencana alam.‎

‎4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎

‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.



Kita tak rugi apa-apa kalau mengamalkan ayat-ayat Allah malah mendapat manfaat lagii. beruntung!
And Allah tak rugi sedikit pun kalau kita tak mengamalkan ayat-ayat Nya. Selamat beramal. =))



-intann safrann-

Sunday, 11 October 2015

10 . 10

Assalamualaikum....

        10.10.2015? Haa ada apaa dgn 10.10? So hari ni aku nak citer kisah semalam.. sebab hari  ni 11.10 kann..hehe Okay 10.10.2015 bersamaan hari Sabtu (semalam)  merupakan Hari Sukan Negara!! eh asal buat muka blank? mesti baru tahu kan 10.10 Hari Sukan Negara~... ish3 *geleng2 kepala*

         So mengikut pemerhatian aku sebagai warganegara Malaysia..yeah, Hari Sukan Negara mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada setiap lapisan masyarakat tidak kira kaum,bangsa mahupun agama. Haa mantap!

        Bahkan makcik-makcik, pakcik-pakcik pon join sekaliii memeriahkan hari sukan ni..haha. Iyee tak tipuu.. tak percaya ke? Makcik pakcik pon kuat lagi tau nak join aktiviti sukan ni, kadang-kadang mereka lagi semangat berbanding anak-anak muda zaman Z ni, eheh. Rahsia mereka sudah semestinya adalah... minum susu Anlene, baik untuk tulang~~hahaha.

           Haa kalau kita tengok semalam memang majoriti IPTA dan sekolah-sekolah menengah khususnya telah mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik sempena Hari Sukan Negara di tempat masing-masing.. tapiii dekat UKM, kami sambut sehari sebelum 10.10,means kami buat 9.10.2015 bersamaan hari Jumaat, awal sikit laa dari yang lain..haha advanced sikit.

         Macam aku ambil kursus Asas Bola Baling dibawah CITRA sukan.. so kami-kami yang ambil kursus ni memang sangat-sangat dituntut untuk join Hari Sukan Negara yang diadakan di Stadium UKM,haa kau dituntut terus..hahaha kursus-kursus sukan yang lain pon sama juga. Tapi hari tu aku dapat join sekejap je kat stadium sebab ada kelas ganti... so habis je kelas terus rushing ke stadium... datang2 je tgok dyorg sedang bersenamrobik berjemaah...aku pun  semangat la nak aerobic.. last-last dapat join step yang terakhir je..haha peluh pun tak sempat nak keluar weh.haha Ya, sadis betul! huhu Okay takpe la at least aku ada effort juga pergi stadium walaupun event nak habis..lulz.

           Walaupun aku tak dapat sertai sepenuhnya Hari Sukan Negara di UKM. Tapiiiii aku dapat joinnn Hari Sukan Negara di SMK Taman Seraya , Ampang pada 10 Oktober. Haah join sekolah my ibuu..lol. Kedua-dua orang abang dan adik bongsu aku pun ikut sekali... best nyaa sebab diorang tiga jadi Instructors Aerobic,bidan terjun pon boleh..hahaha diorang kena lead beratus-ratus orang pelajar  plus cikgu2... jujur aku cakap step-step yang abang aku buat masa senamrobic tu kelakar habis... ada tarian 'penguin' laa and  macam2 lagi yang merapu...hahaha aku kesian je tgok cikgu-cikgu yang berumur tu semangat nak ikut step tapi tak mampu nak ikut sebab step tu sesuai untuk orang-orang muda..hahaha boleh bayangkan tak? Takpe tak yah imagine. k that's all. Thankyou for reading and have a nice day =))

              Majulah sukan untuk negara!!! Aumm~

           
Logo HSN
     
3 Ahmad ! haha instructors aerobic kitaa!


Semangat betul..haha

Cikgu-cikgu turut bersemangat =D


Pelajar-pelajar yang sangat sporting

-intann safrann-         

Tuesday, 6 October 2015

MENTOR

Assalamualaikum....


         Alhamdulillah, now mood aku untuk tulis entri ni dah datangggg..haha. So minggu lepas sir Azzwan bagi tema Mentor. Yee mentor laa bukan mentol! Ayoyo! No woder laa last week tema ni menjadi pilihan  hati Sir,, sebabnya minggu tu memang minggu mentor-mentee..perjumpaan kali pertama dengan mentor masing-masing di fakulti aku.hehe

           Alhamdulillah jugak last week group mentor-mentee aku dapat set date untuk jumpa dgn mentor kteorg..hehe kena buat appointment duluu weh sebab mentor kiteorg terlalu busy, kiteorg panggil beliau dengan gelaran Dr. So Dr. tunjuk kat kiteorg jadual diaa..perghh memang padat sangat2. Fuh tak boleh nak gambarkan kesibukan Dr camne.lol. Then, sesi perjumpaan tu kann, kiteorg meet up dkt Hotel Sri Pujangga! haa terbaikk enn...hahaha. Dr. sangatlahh sempoi dan open minded..haha paling best bila dengar Dr. story-mory,, pasal anak dia laa,pasal life,,pasal politik...opps! and macam-macam lagi laa. Haa Dr. siap belanja kiteorg breakfast lagiii. hahaha  Kira perjumpaan mentor-mentee dgn Dr. ni aku boleh kategorikan sebagai tak formal langsungg,, serious talk! haha So i'm looking forward to see her againn.. kena buat appointment lagii..hehe.
       
     

-intann safrann-

Saturday, 3 October 2015

YAY OR NAY ?


Assalamualaikum =D

           Alhamdulillahhh... Happy weekend peeps! This weekend i'm staying home like a good girl and watch some movies with my mom.<3 *tengok movie dgn ibu tuu, tipu je k... haha =p*  Yupp usually setiap minggu aku akan balik rumah...ye lah dah kolej sejengkal je dgn rumah, takkan tak balik enn? haha k nampak dah wajah-wajah yang rumah jauh dari kolej tuu jelly+annoyed dengan aku.. Alahai chill laa babe~ Senyum ciked ! =)) 

           So bila kat rumah macam biasa lah, line wifi lajuu tahap kelajuan cahaya weh !! hehe senang la aku nak buat assignments. Ye laa zaman Z ni semua benda kena guna teknologi.. Submit assignments pon through email, i-Folio.. See semua benda onlinee~ Haa nampak tak kepentingan internet kat situu?? nampak tak kepentingan wifi yang mempunyai tahap kelajuan yang tinggiii kat situ?? eheh! 

          Assignments toksah cakap laa, banyaks nyer Allahu Robbi! hewhew. Aku admit makin lama makin mencabar kehidupan kat Universiti nih.. Fizikal dan mental kena tough. But life must go on ! Pilihan untuk berjaya atau gagal, ada di tangan kita. So kiita yang menentukan masa depan kita ! 

          So, so lagi..haha so dalam banyak-banyak yang aku berceloteh kat atas tu kann.. actually main point aku just nak citer yang aku habiskan masa weekend ni dengan menyiapkan segala assignment yang ada...huu InsyaaALLAH dipermudahkan Aminn~ 

Haa tu je lah. Wish me luck! 


    -intann safrann-

Monday, 28 September 2015

OBSESS !


Assalamualaikum =)

                 Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus menyambung coretan yang kedua ni.hehe. So kali ni special sikit sebab aku kena 'bercoretan' based on tema..haa menarik kann? hehe. So tajuk yang perlu dikupas kali ni adalahhhhh *dumdamdumdam(bunyi drum :p)* ... OBSESS !!! yeah dah terang lagi bersuluh laa kann tajuk entri kat atas tuuu haa.. hahaha *k lawak hambar*. Okay so bila Sir Azzwan bagi tajuk ni..aku terus terbayang K-Pop~ Pink ~ haa tuu antara benda yang secara spontan muncul kat minda aku ni.. tak tahu kenapa~ hahaha

                   Obsess? Korang tahu ke apa maksud obsess? Haa meh akak share sikit, obsess yang korang dok suka sebut tu maknanya ialah :

  • mengganggu,
  • sentiasa dalam fikiran,
  • menggoda,
  • mengharu,
  • memusatkan perhatian 

     * waah ayatt kamus* @_@


                    Hahaha. Yup tak dinafikan semua orang mesti ada sesuatu yang di'obsess'kan or
digila-gilakan sampai terbawa dalam mimpii kann..eheh! hahaha Tapi nak obsess something tu mesti ada had or limit or batas nyer beb~ Tak salah nak obsesskan sesuatu benda tu, tapi pastikan tak mendatangkan mudarat kepada diri sendiri atau orang lain. =0

                     Contohnya, kau terlalu gilakan main game, game Dota pulak tuu.fuhh. Terlalu obsess main game sampai tinggalkan tanggungjawab kau sebagai seorang pelajar, anak, dan paling penting sebagai seorang muslim. Apa-apa pun yang kita lakukan , soal belajar, tugas kepada ibubapa, dan ibadah kepada Allah SWT perlu diutamakan, Tanggugjawab adalah keutamaan kita!! Dan jangan paksa orang lain untuk sukakan perkara yang kau obsess tuu sampaikan kau marah dan kutuk dia sebab tak suka apa yang kau suka, Ingat setiap orang berbeza. So live in harmony with one another,peoples! hee bukan sesi untuk meluahkan perasaan tapi itulah hakikatnya. hehe.

                  Akhir kata, bagi aku sebagai seorang muslim~ Indahnyaa jika kita dapat jadikan Nabi Muhammad SAW sebagai "role model" dalam kehidupan kita. So obsess kepada Nabi Muhammad SAW adalah yang paling terbaikkkk ya kawan-kawan. Jom selawat ke atas nabi =') 


    -intann safrann-

Sunday, 27 September 2015

My story !

Assalamualaikum.

          Hai peeps!! Welcome to my "shine and bright"' blog! ( bajet ramai reader je) hahaha. =p

          Ok first of all, this is my very first blog. Yeay~ for the first time in forever aku ada blog weh...hahaha so saya budak baru belajar, silap dan salah tolong beri tunjuk ajar ye! hukhuk. Actually blog ni dicipta khas for subjek Apss Comp ( Aplikasi Komputer ;p ).hikhik, For the first entry ni, tajuk "BEBAS", means kita bebas daripada penjajah..eheh. K merepeks =,= Means tiada tajuk yang spesifik, so I can share anything I like. muehehe. =D

           Kata orang tak kenal maka tak cinta kannn??haha. So I would love to share a little bit about my self. Jeng jeng jeng~~ Nama yang telah diberi kepada gadis berusia 19 tahun ini ialah Intan Nur Fairuz Binti Ahmad Safran. *hee k maybe ada org ckp nama aku ni alaf lama etc..hahaha~~ Apa-apa pun aku tetap bangga dengan nama pemberian ibu tercintaa ! hewhew.* Aku dilahirkan pada 12 Februari 1996 dan SAYA ANAK SELANGOR ! heee. Dalam family pulak, aku mempunyai 5 orang adik beradik dan aku merupakan perempuan tunggal yang dikelilingi 2 orang abang dan 2 orang adik lelaki..yeah tapiii I tak manja dan tak dimanjakan ponnn..huu T_T . Abah dan ibu aku masih bekerja walaupun umur mereka dah melangkah angka 50 !! haa terbaik en.haha tak lama lagi nak pencen daa. Oh ya, tahun 2015 barakah ni aku telah dikurniakan first niece yang sangattt comel tahap max, I sangattt eksaited uols dapat  jadi "vogue aunty" =p hahaha

my niece Nurul Jannah <3
       
            Apa lagi nak citer ek,,hmm. Haa kalau nak tahu since aku sorg je gegirl among my siblings, so aku sangat rapat dengan ibu aku like sangat sangat sangat rapat... Kadang-kadang rasa macam kawan je. Semua benda aku akan story kat ibu aku, tiada rahsia antara kamii berdua!! Yeah we're bestfriend till heaven&earth.haha. Bagi aku susah senang kita, family tak akan tinggalkan kitaa. So I love them sooooo muchhhh. =')

              Last but not least, Love your family Love your parents, inspiring quotes by Josh McDowell,

“We do not develop habits of genuine love automatically. We learn by watching effective role models –
 most specifically by observing how our parents express love for each other day in and day out "

   
    - intann safrann -