Wednesday, 16 December 2015

PROLOG

Assalamualaikum.

     Tidak pernah terlintas dibenak fikiranku untuk mempunyai laman blog sendiri. Al-Maklumlah diri ini bukanlah seorang penulis yang "proffesional" *aiwah*. Disebabkan pemikiran seperti itu, aku tidak mempunyai keyakinan untuk mencipta blog sendiri apatah lagi bercoret-coretan. Sehinggalah aku diberi peluang untuk menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia, di mana untuk pertama kalinya aku perlu mengambil subjek yang berkaitan dengan iT iaitu Aplikasi Komputer. Subjek yang ku panggil "AppsComp" ini mempunyai beberapa set kursus, dan aku mendapat set kursus 2 (Set 2) yang diajar oleh pensyarah yang mesra disapa dengan panggilan Sir Azzwan :) . Bagi aku perjalanan kelas ini mungkin lain dari kelas yang lain kerana aku merasakan 'bonding' antara pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan  pensyarah adalah dekat dan mesra! Sehati sejiwa gitu!
Di dalam kelas ini juga aku memperolehi banyak ilmu baru, bukan sahaja ilmu yang berkaitan dengan komputer malah aku belajar apa itu 'kehidupan'. Kelas "AppsComp" yang dibimbing oleh Sir Azzwan telah mengorak langkahku yang pertama untuk ber'blog'. Maka di sini lah segala-galanya bermula~~

-intann safrann-

No comments:

Post a Comment