Monday, 16 November 2015

CUTI

Assalamualaikum.

          Yeay!! Cuti midterm dah habis...  tak sabar nak belajar..tak sabar nak masuk kuliah~~~ *sambil melompat-lompat kegembiraan*. Hahaha nampak benor nipunyaa kann..huuuu T_T

         So nak cerita sikit pengalaman waktu cuti baru-baru ni pergi Port Dickson..hee bukan family day tau! Tapi kiteorang pergi sana untuk Hari Induksi Kelab Wawasan. Kelab Wawasan tu apa? haa Kelab Wawasan ni salah satu kelab yang ditubuhkan kat UKM ni..so basically kelab ni dibawah KAB (one of kolej kat ukm) and aku lak dok kat KKM..cam takde kena mengena kann..haha  aku join kelab ni sebab ikut kawan lol...takde la.. sebab kelab ni banyak buat aktiviti-aktiviti yang menarik antaranya ialah BagPack ke Indonesia..haa tu buat aku tertarik join kelab ni. Okay rasanya setakat tu mukaddimah pasal kelab ni..=p

        So berbalik kepada trip aku ke Port Dickson dalam masa satu hari,,iyee hanya 1 hari! dalam masa yang singkat tu aku dapat macam-macam pengalaman yang baru. Hee kiteorang gerak pergi sana pagi dalam pukul 8 lebih cam tu... naik bas 'yukeyem"..hehe. Pastu sampai sana tak ingat kol bape sebab tak tengok jam..tapi perjalanan dari Bangi ke PD tak jauh mana punn.. 

      Sampai je kat PD.. kiteorang berkumpul kat foyer, pastu diberi sedikit pengenalan tentang Kelab Wawasan then bermulalah aktiviti pertama, Ice Breaking..masa ni kiteorang dibahagikan kumpulan mengikut bulan kelahiran.. tak boleh lupakan bila kumpulan aku dipanggil untuk memperkenalkan diri..tapi sorang je wakil kena memperkenalkan setiap ahli kumpulan ..and wakil kumpulan tuu AKU lahh yang kena,,lulz. Nak kenal kan nama sorang2 ok lagii..tapii kumpulan lain tanya nama mak ayah setiap ahli dalam group aku tuu...memang aku hentam je nama parents dyorang,dyorang pon angguk-angguk kepala je tanda "haa betul la tu nama makpak aku" hahaha walaupun salah.. nak nampak chemistry punya pasal. XD

        Next activity, EXPLORACE!..kiteorang diberi masa dari jam 12.50 tgh hari sampai 3.30 ptg untuk completekan 3 tasks iaitu  makan, solat and settlekan 6 checkpoints. So memandangkan waktu solat masuk awal, group Khalid Al-Walid (nama group kita.hee) solat dulu sebelum pergi ke checkpoint pertama.. tiba-tiba..

k..to be continue InsyaaAllah.... *wait for the next entry yo!haha*


-intann safrann-

No comments:

Post a Comment