Monday, 23 November 2015

CUTI 2

Eh jumpa lagi, nak sambung cerita Cuti ~ hahaha

          Masa kami nak solat Zohor tu..tiba-tiba.. hujan turun dengan lebat secara mendadak. Memang lenjun laa kann if  ber'explorace' time hujan lebattt. haha. Tapi alhamdulillah sebaik kami selesai je solat zohor, groupmates semua dah ready nak gerak ke 1st checkpoint.. hujan pun reda and tak lebat macam sebelum ni,, and just nak highlight kan bila kita dahulukan yang wajib, Allah akan mudahkan urusan kita.. See! hehe.

           First checkpoint terletak berhampiran dengan surau kami solat tadi.. ada dua orang fasi jaga..tak sure la nama game ni apa..yang aku ingat conclusion game ni nak mengajar seseorang untuk belajar bermasyarakat...dalam kehidupan ni kita tak boleh hidup sorang2.. walau semudah or sesukar mana pun kehidupan seseorang tu, we need each other to survive!! yeah. Haa habis first task kami diberi markah oleh fasi yang jaga checkpoint ni..haha paling lawak kiteorang satu group kena "wefie" buat muka paling buruksss untuk dapat markah lebih.lulz. 

          Second checkpoint kami kena  cari bahan-bahan kitar semula yang berada di sekitar pantai dan gunakan bahan-bahan tu untuk dijadikan kasut/selipar..haha so sementara nak fikir idea inovasi buat kasut kitar semula nih..kami skip terus pergi ke checkpoint yang ketiga iaitu "lukis&teka!" haha ni kot nama game ni..entah la nakkk~ kira game ni lebih kurang game dalam reality tv show "Running Man".. pada sesiapa yang tengok tahu lah kan! muehehe

        Orang first kena lukis berdasarkan soalan yang diberi, then lukisan tu kena tunjuk kat org second, pastu org second ni kena lukis berdasarkan lukisan org first..org third pon sama..sampai orang yang terakhir dia kena teka apakah lukisan tersebut.. memang macam2 bentuk lukisan keluar wehh haha, ada yang sepatutnya kena lukis koala bear tapi lukisan macam gajah.hahaha nasib laa.

        Then bila dah dapat markah untuk 3rd checkpoint, kiteorang sambung cari bahan recycle nak buat kasut, last2 kasut yang kiteorang nak buat terdiri daripada kertas A4,polystrene dan plastik. haa bayangkan la sendiri gyupa kasut kiteorang,,,haha kalau sekali pandang macam org sakit kaki pakai kain anduh pon ada...haha watever~ Yeay chckpoint 2 pon dah dpt markah dah settle,akak fasi tu gelak je tengok inovasi kiteorang, sbb wakil kumpulan kena pakai kasut tu dan jalan sepuluh  langkah untuk tgok kestabilan kasut tu,,,haha 

         Pastu gerak ke checkpoint 4,5 dan 6... haa game2 kat setiap chckpoint ni pon best! Haha tapi malas nak citer. Yang aku heksaited sangat nak shareee ni.. habis je explorace, kiteorang ada aktiviti bebas sampai pukul 6...then apa lagii memang terjun laut laaa...haha lama tak mandi laut, so cuti hari tu memang seronok sangat mandi laut dgn kawan2.Best sebab first time try mandi kat bahagian dalam2,usually aku dok kat tepi2 persisiran pantai je =P

           Dah gerak nak balik uncle bas stop kan kami kat pasar malam pulakk. Fuhh mmg heaven jumpa makanan lepas dah bermandi-manda!! haha k lah sampai sini je. Aku tengok macam essay SPM dahh entry kali ni. XD

-intann safrann-                    

No comments:

Post a Comment