Assalamualaikum....
10.10.2015? Haa ada apaa dgn 10.10? So hari ni aku nak citer kisah semalam.. sebab hari ni 11.10 kann..hehe Okay 10.10.2015 bersamaan hari Sabtu (semalam) merupakan Hari Sukan Negara!! eh asal buat muka blank? mesti baru tahu kan 10.10 Hari Sukan Negara~... ish3 *geleng2 kepala*
So mengikut pemerhatian aku sebagai warganegara Malaysia..yeah, Hari Sukan Negara mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada setiap lapisan masyarakat tidak kira kaum,bangsa mahupun agama. Haa mantap!
Bahkan makcik-makcik, pakcik-pakcik pon join sekaliii memeriahkan hari sukan ni..haha. Iyee tak tipuu.. tak percaya ke? Makcik pakcik pon kuat lagi tau nak join aktiviti sukan ni, kadang-kadang mereka lagi semangat berbanding anak-anak muda zaman Z ni, eheh. Rahsia mereka sudah semestinya adalah... minum susu Anlene, baik untuk tulang~~hahaha.
Haa kalau kita tengok semalam memang majoriti IPTA dan sekolah-sekolah menengah khususnya telah mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik sempena Hari Sukan Negara di tempat masing-masing.. tapiii dekat UKM, kami sambut sehari sebelum 10.10,means kami buat 9.10.2015 bersamaan hari Jumaat, awal sikit laa dari yang lain..haha advanced sikit.
Macam aku ambil kursus Asas Bola Baling dibawah CITRA sukan.. so kami-kami yang ambil kursus ni memang sangat-sangat dituntut untuk join Hari Sukan Negara yang diadakan di Stadium UKM,haa kau dituntut terus..hahaha kursus-kursus sukan yang lain pon sama juga. Tapi hari tu aku dapat join sekejap je kat stadium sebab ada kelas ganti... so habis je kelas terus rushing ke stadium... datang2 je tgok dyorg sedang bersenamrobik berjemaah...aku pun semangat la nak aerobic.. last-last dapat join step yang terakhir je..haha peluh pun tak sempat nak keluar weh.haha Ya, sadis betul! huhu Okay takpe la at least aku ada effort juga pergi stadium walaupun event nak habis..lulz.
Walaupun aku tak dapat sertai sepenuhnya Hari Sukan Negara di UKM. Tapiiiii aku dapat joinnn Hari Sukan Negara di SMK Taman Seraya , Ampang pada 10 Oktober. Haah join sekolah my ibuu..lol. Kedua-dua orang abang dan adik bongsu aku pun ikut sekali... best nyaa sebab diorang tiga jadi Instructors Aerobic,bidan terjun pon boleh..hahaha diorang kena lead beratus-ratus orang pelajar plus cikgu2... jujur aku cakap step-step yang abang aku buat masa senamrobic tu kelakar habis... ada tarian 'penguin' laa and macam2 lagi yang merapu...hahaha aku kesian je tgok cikgu-cikgu yang berumur tu semangat nak ikut step tapi tak mampu nak ikut sebab step tu sesuai untuk orang-orang muda..hahaha boleh bayangkan tak? Takpe tak yah imagine. k that's all. Thankyou for reading and have a nice day =))
Majulah sukan untuk negara!!! Aumm~
![]() |
| Logo HSN |
![]() |
| 3 Ahmad ! haha instructors aerobic kitaa! |
![]() |
| Semangat betul..haha |
![]() |
| Cikgu-cikgu turut bersemangat =D |
![]() |
| Pelajar-pelajar yang sangat sporting |
-intann safrann-





No comments:
Post a Comment