Assalamualaikum...
Semua orang ada impian, semua orang ada cita-cita, semua orang ada matlamat hidup yang hendak dicapai,, persoalaanya adakah impian itu menjadi kenyataan atau hanya sekadar fantasi semata? Fuhh. Okay2... cukup2... ni Intan ke ni?? Intan tak pandai nak bermadah-madah ni.. Intan bukan seorang yang pandai buat ayat-ayat puitis ni. eceh! hahaha.
*tapi kali ni nak try tulis ayat baku sat =P*
*tapi kali ni nak try tulis ayat baku sat =P*
![]() |
| Moh2! |
Yup memang betul semua orang ada impian termasuk lah diri saya~ Secara am atau umumnya impian aku adalah untuk menjadi seorang yang berjaya di dunia dan di akhirat kelak! Aku pasti semuaa orang ada impian yang sama macam aku.kan kan kan?? Secara dasarnya aku nak jadi seorang wanita yang berprinsip! bekerjaya! berfikiran jauh! berani kerana benar! berwawasan tinggi! haa impian ni semua jadi SATU! So yeah itu antara impian aku... bagi aku seorang wanita yang ada ciri-ciri seperti yang aku idamkan tadi adalah seorang yang perfecto! hehe okay iols tahu.. tiada manusia yang sempurna tapi kita boleh perbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik kann.. Okay!
Secara spesifiknya dari segi duniawi, impian aku adalah untuk mendapat 'DEAN'S LIST' untuk sem ni! InsyaaAllah Aminn~ Woah tinggi nyer impian kau Intan? haha takpe biar impian setinggi langit! Ya, kadang-kadang tu impian hanya sekadar impian~~ Tapii aku percaya setiap impian itu perlu disertai dengan usaha untuk menjadikan ia sebagai REALITI walaupun aku tahu semua tu amat susah dan bakal mengundang putus asa! Tapi bak kata 'omputeh'...
![]() |
| DREAM IT, BELIEVE IT, ACHIEVE IT. <3 |
Sebagai seorang pelajar seperti aku ni memang tugas dan tanggungjawab aku adalah untuk belajar... takde benda lain nak difokuskan! Fokus belajar je..fikir masa hadapan dan perasaan ibubapa! Bila aku hampir nak putus asa dalam jalan ni,, aku akan ingat bahawa aku ada Allah., Tuhan yang mentadbir seluruh alam. Sebagai seorang hamba kepada-Nya, aku hanya mampu mengadu dan meminta! Sebab aku lemah dan tiada apa-apa.. so dalam menuntut ilmu nii memang banyak ujian yang menghampiri diri kita...
Sentiasa pujuk diri bahawa ujian tu tanda kasih-sayang Dia kepada kita! Aku selalu pegang kata-kata ni "Allah tak pandang pada hasil,tapi pada usaha! Just usaha usaha usaha!" Jadi aku yakin bila kita dah DOA, USAHA , IKHTIAR dan TAWAKAL! Hasil yang kita akan dapat nanti adalah yang terbaikkk buat diri kita.. sentiasa bersyukur dan teruskan perjuangan dan tingkatkan prestasi! ehehe InsyaAllah!
Akhir kalam, semoga impian aku menjadi kenyataan dan bukan fantasi! Okay entry kali ni sempena RoadToFinal~ Lagi 2 minngu nak final exam!! woot2~ Wish me luck gais! Semoga kawan-kawan semua dapat membanggakan ibubapa masing-masing! Love yaa. <3
p/s: Actually tajuk entry ni based on akronim dari nama aku...HAHA
'Intan Nur Fairuz'.k bye!
p/s: Actually tajuk entry ni based on akronim dari nama aku...HAHA
'Intan Nur Fairuz'.k bye!
-intann safrann-




No comments:
Post a Comment