Tuesday, 22 December 2015

EPILOG

Assalamualaikum...


      Epilog itu bermaksud penutup cerita atau kesudahan sesuatu babak kann? Jadi... mungkin ini adalah entri yang terakhir merangkap penutup bagi blog aku ni *maybe~* Alhamdulillah segala tugasan untuk subjek Aplikasi Komputer bagi sesi kali ni telah selesai.. Banyak kenangan dan pengalaman yang aku tak akan lupakan sepanjang 14 minggu kelas 'Apps Komp' dijalankan..*lap air mata* Hee.. Terima kasih kepada Sir dan semua buddies 'set kursus 2' untuk semua kenangan!! So, fokus lepas ni adalah  final exam yang semakin menghampiri... kehangatannya semakin terasa sebab next week dah start final woahh.. cepat je masaa~ Exam mood still ON! So semoga Intan dan rakan-rakan seperjuangan sekalian dapat jawab final exam untuk semua subjek dengan baik untuk mendapatkan keputusan yang TERBAIK,CEMERLANG & TERBILANG! Amin! Okay byeeeeee~

-intann safrann-

Monday, 21 December 2015

Penantian Hampir Tiba . . .

Assalamualaikum..

Setelah berminggu-minggu penantian dan persediaan yang dilakukan... akhirnyaa.. harinya hampir tiba...bukan hampir tiba, ikutkan hari ni lah harinya!!*apa tah aku merapu meghaban ni haha*. Arghh! tak tahu nak gambarkan perasaan yang aku rasakan sekarang ni. 
Dah bercampur baur perasaan nih.. ada rasa risau, takut, cuaks, 
at the same time rasa happy!!
sebab tak sabar-sabar nak habiskan penantian ni dengan jayanyaa...hehe. 
Penantian apakah itu??... biarlah rahsia..hikhik! *rahsiaaa saaangat :p*. 
Harap sangat kami dapat lakukan yang terbaik pada waktu kejadian dan 
semoga semua urusan kami dipermudahkan hendaknya..Amin!
 Biarlah tanda tanya "???" tentang penantian ini..
 akan tetap terus menyelubungi diri andaa~~
Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ni..hahaha. Ok thats all. 
Bubye I kena tidoq awai..
*Jam menunjukkan pukul 1 pagi, masih awal bagi diriku* =P

-intann safrann-

Wednesday, 16 December 2015

PROLOG

Assalamualaikum.

     Tidak pernah terlintas dibenak fikiranku untuk mempunyai laman blog sendiri. Al-Maklumlah diri ini bukanlah seorang penulis yang "proffesional" *aiwah*. Disebabkan pemikiran seperti itu, aku tidak mempunyai keyakinan untuk mencipta blog sendiri apatah lagi bercoret-coretan. Sehinggalah aku diberi peluang untuk menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia, di mana untuk pertama kalinya aku perlu mengambil subjek yang berkaitan dengan iT iaitu Aplikasi Komputer. Subjek yang ku panggil "AppsComp" ini mempunyai beberapa set kursus, dan aku mendapat set kursus 2 (Set 2) yang diajar oleh pensyarah yang mesra disapa dengan panggilan Sir Azzwan :) . Bagi aku perjalanan kelas ini mungkin lain dari kelas yang lain kerana aku merasakan 'bonding' antara pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan  pensyarah adalah dekat dan mesra! Sehati sejiwa gitu!
Di dalam kelas ini juga aku memperolehi banyak ilmu baru, bukan sahaja ilmu yang berkaitan dengan komputer malah aku belajar apa itu 'kehidupan'. Kelas "AppsComp" yang dibimbing oleh Sir Azzwan telah mengorak langkahku yang pertama untuk ber'blog'. Maka di sini lah segala-galanya bermula~~

-intann safrann-

Monday, 14 December 2015

Kun Faya Kun !

Assalamualaikum peeps...

I hope you are all doing fine, enjoying life like I am! hehe. For this entry I just want to share the words that touched my heart! (sbb sesuai dengan situation yg dihadapi sekarang nih..huhu). Btw I found this words when I'm scrolling through my instagram.. So I really hope that you olls can understand the words deeply in your heart! Just believe in Allah, He knows everything~ :')


'You pray and pray
spending long hours in Sujood
crying your heart out to him
asking Him to give you something,or
maybe to remove some harm from you.

But no matter how hard you supplicate
sometimes your duas just
dont seem to get answered.
Don't get disheartened or frustated.
It is in these moments that you
need to  show faith and belief in Him.

He didn't give it to you at that time
because it would bring you
more harm than good.
Delay doesn't mean denied.
Or maybe what we are asking for
isn't good for us.
He knows. He knows it all.

For indeed He is Al-Samad - The One that
everything relies upon.
Believe in Him to bless you with
what is right for you.
And, be patient.
Be patient.
Allah has heard your duas
And He is going to answer them
beautifully in ways you not know of.
And bless you with what's
Best for you.
How generous and kind is our Lord.
SubhanAllah!

 R O A D    T O   F I N A L    E X A M  !!!

 -intann safrann-

Monday, 7 December 2015

A P A I T U S A T A ? ? ?

  Assalamualaikum..

   Hai! nak share sikit pasal SATA ! Eh tu Aziz SATAr.. nama orang..haha ni aku nak citer satu jenis makanan tradisional berbungkus daun pisang yang terkenal kat negeri Terengganu. hehe. First time aku rasa and try test sata niii..memang perghh laa memang nyummyy!
Sedaappp hingga meenjilat jari weh!

Waktu tu pergi jalan-jalan dengan family kat negeri penyu! Ganu Kiter! haha so memang banyak laa gerai-gerai kecil yang menjual sata nii. Dalam perjalanan dari Bangi ke Kuala Terengganu ambil masa sekitar 8 jam kann? tak silap I laa..haa kalau dah masuk kawasan ganu, memang akan nampak kat tepi2 jalan tu mesti ada orang jual sata,kepok lekor semua.. Setiap gerai yang ada jual sata..abah aku mesti akan berhenti untuk beli. Kiteorang adik beradik nihh laa yang akan menikmati mkanan tu dalam kereta sampai tinggal daun pisang je..hahahaha. 

Sata ikan memang terbaik! Lagi-lagi makan tengah panas-panas! Fuhh.heaven! Hmm ni rasa nak makan sata ni.. kat area bangi memang susah laa nak cari sata..huu. Tapi bukan semua orang suka sata nii..ikut tekak masing-masing laa, tekak aku ON je semua makanan..ehehe. So kalau singgah Ganu Kiter jangan lupa try sata okay! Confirm nak makan byk kali non-stop~ 

Haa ni lah sata! Yang hangus2 tu paling sedap.hikhik.

Haa nampak tak isi diaa..oh my terliur dah aku!
Sekali ngapp!

-intann safrann-

INF = Impian 'Not' Fantasi

 Assalamualaikum...

         Semua orang ada impian, semua orang ada cita-cita, semua orang ada matlamat hidup yang hendak dicapai,, persoalaanya adakah impian itu menjadi kenyataan atau hanya sekadar fantasi semata? Fuhh. Okay2... cukup2... ni Intan ke ni?? Intan tak pandai nak bermadah-madah ni.. Intan bukan seorang yang pandai buat ayat-ayat puitis ni. eceh! hahaha.
*tapi kali ni nak try tulis ayat baku sat =P*
Moh2!
         Yup memang betul semua orang ada impian termasuk lah diri saya~ Secara am atau umumnya impian aku adalah untuk menjadi seorang yang berjaya di dunia dan di akhirat kelak! Aku pasti semuaa orang ada impian yang sama macam aku.kan kan kan?? Secara dasarnya aku nak jadi seorang wanita yang berprinsip! bekerjaya! berfikiran jauh! berani kerana benar! berwawasan tinggi! haa impian ni semua jadi SATU! So yeah itu antara impian aku... bagi aku seorang wanita yang ada ciri-ciri seperti yang aku idamkan tadi adalah seorang yang perfecto! hehe okay iols tahu.. tiada manusia yang sempurna tapi kita boleh perbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik kann.. Okay! 

        Secara spesifiknya dari segi duniawi, impian aku adalah untuk mendapat 'DEAN'S LIST' untuk sem ni! InsyaaAllah Aminn~ Woah tinggi nyer impian kau Intan? haha takpe biar impian setinggi langit! Ya, kadang-kadang tu impian hanya sekadar impian~~ Tapii aku percaya setiap impian itu perlu disertai dengan usaha untuk menjadikan ia sebagai REALITI walaupun aku tahu semua tu amat susah dan bakal mengundang putus asa! Tapi bak kata 'omputeh'...

DREAM IT, BELIEVE IT, ACHIEVE IT. <3

         Sebagai seorang pelajar seperti aku ni  memang tugas dan tanggungjawab aku adalah untuk belajar... takde benda lain nak difokuskan! Fokus belajar je..fikir masa hadapan dan perasaan ibubapa! Bila aku hampir nak putus asa dalam jalan ni,, aku akan ingat bahawa aku ada Allah., Tuhan yang mentadbir seluruh alam. Sebagai seorang hamba kepada-Nya, aku hanya mampu mengadu dan meminta! Sebab aku lemah dan tiada apa-apa.. so dalam menuntut ilmu nii memang banyak ujian yang menghampiri diri kita... 



           Sentiasa pujuk diri bahawa ujian tu tanda kasih-sayang Dia kepada kita! Aku selalu pegang kata-kata ni "Allah tak pandang pada hasil,tapi pada usaha! Just usaha usaha usaha!" Jadi aku yakin bila kita dah DOA, USAHA , IKHTIAR dan TAWAKAL! Hasil yang kita akan dapat nanti adalah yang terbaikkk buat diri kita.. sentiasa bersyukur dan teruskan perjuangan dan tingkatkan prestasi! ehehe InsyaAllah!



           Akhir kalam, semoga impian aku menjadi kenyataan dan bukan fantasi! Okay entry kali ni sempena RoadToFinal~ Lagi 2 minngu nak final exam!! woot2~ Wish me luck gais! Semoga kawan-kawan semua dapat membanggakan ibubapa masing-masing! Love yaa. <3

p/s: Actually tajuk entry ni based on akronim dari nama aku...HAHA
       'Intan Nur Fairuz'.k bye!

-intann safrann-