Monday, 30 November 2015

Masa itu Emas?

Assalamualaikum..

     Pejam celik,pejam celik...dah nak dekat Final Exam! Padahal rasa baru je masuk uni semalam.. huhu. Sejak dua menjak ni.. masa berjalan sangat pantas,, tak terkejar mak oii~~ T_T

      Tanggungjawab yang nak dibuat melebihi masa yang adaa~ Nak tak nak memang kena pandai bahagi masa, lagi-lagi pelajar uni nihh..lagi-lagi first-year student macam I nii... My aunt gave me some advice,.."Intan kena belajar time management and determination..nanti waktu kerja kena multitasking.." huu. Tak kerja lagii pon dah rasa multitasking..eh! 

      Yeahh apa-apa pun masa tu sangat lah berharga! Teringat satu nasyid tajuk 'Demi Masa' by Raihan.. "Demi masa~sesungguhnya manusia di dalam kerugian~~...." haa actually lirik nasyid ni berdasarkan surah Al-'Asr dalam Al-Quran.  So memang kita dah diberi peringatan bahawa manusia ni berada dalam kerugian kalau  tidak menjaga masa dengan sebaiknya. huu. k selamat beramal!

-intann safrann-

Varsiti Kita!

Assalamualaikum..

      By the way, untuk tema kali ni  kami kena pilih satu huruf yang berlainan antara satu sama lain. Aku dah terpilih huruf  'V' tanpa memikirkan tajuk entry..adeh! so last2 minute ni baru sampai ilham nak buat tajuk apa...maka tercetuslah 'Varsiti Kita'. Kami bangga menjadi pelajar UKM! *tetiba* Layan je laa ae.haha.

      Yeah! I know tajuk yang aku pilih kali ni sangat gempak,mantap,kau memang GEBOM! kan kan kan? hahaha. Hmm siapa warga UKM tu tahu laa... sbb tajuk ni sangat dekat dengan jiwa-jiwa dan hati-hati mereka..eheh!

       Actually Varsiti Kita ni lagu tema UKM..hehe. Waktu minggu 3M (minggu orientasi) memang setiap masa kiteorang akan dengar lagu nii.. sampai boleh hafal laa :p Hee jujur cakap "Varsiti Kita" antara lagu tema yang best aku pernah dengar... if lagu nih diputarkan, aku lah yang akan menyanyi dengan penuh bersemangattt... haa percaya laa!.

      Hmm actually lirik Varsiti Kita ni mempunyai seribu makna yang perlu kita hayati... cuba lah layan lagu ni sekali sekala..confirm terhibur..hehe. Haa boleh search sendiri kat Youtube yee~

K tu saja..nah hakak payung lirik lagu ciked!



VARSITI KITA

Lihat Kampusku yang tenang
Damainya alam ciptaan Tuhan
Paduan ilmu dan keimanan
Amal dan jerih digabungkan
Lautan ilmu kita harumkan
Sumber ilmuan berkembangan

Inilah Varsiti kita
Ditengahkan hasrat rakyat kita
Dari mula untuk semua
Bagai tanda perjuangan kita
Bangun berbakti membela
Memupuk insan jiwa bertakwa
Memimpin manusia semua
Kenal akan adat unggulnya
Membina negara sentiasa
Maju berilmu dan bahagia
Inilah Varsiti kita
Ditengahkan hasrat rakyat kita
Dari mula untuk semua
Bagai tanda perjuangan kita


Komposer : Nazri Ahmad
Lirik : Muhammad Hj. Salleh


-intann safrann-

Monday, 23 November 2015

Emosi

     Assalamualaikum...

      Yaa setiap hari emosi aku akan berubah-ubah mengikut keadaan semasa..cehh. Biasa lah nama pun perempuan kann.hehe. Sometimes dalam satu hari tu aku rasa happy sangat sampai terkeluar perangai gilaa..hahaha. Bahaya jugak en kalau tak kawal :P Emm bila tengah marah  pulak..aku akan diam je. haha tak reti sangat nak meluahkan rasa marah  kat orang dengan kata-kata.. melainkan orang tu adalah adik aku.haha tu memang senang je nak marah on the spot.muahaha. So kalau nampak aku diam satu hari suntuk.. ada la tu yang tak kena.eh eh.

Macam-macam tindakan boleh berlaku bila kita tengah beremosi kann...tapi orang selalu suruh kita kawal emosi marah ni..yeah cakap memang senang, tapi bila dah "meletopsss" memang kau takkan ingat dah nak kawal emosi marah bagai. Tu la bila tgh marah elok jangan bercakap,takut kata-kata yang terkeluar dari mulut kita tu akan menyakitkan hati seseorang, tgh marah enn.. mana sedar apa yang kita cakap..so better diam je dulu. At least kau sakit sorang2, tapi tak menyakitkan hati or perasaan orang lain. eh betul ke?? hahaha pape je la. Bagi aku terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya. Sekian.


-intann safrann-

CUTI 2

Eh jumpa lagi, nak sambung cerita Cuti ~ hahaha

          Masa kami nak solat Zohor tu..tiba-tiba.. hujan turun dengan lebat secara mendadak. Memang lenjun laa kann if  ber'explorace' time hujan lebattt. haha. Tapi alhamdulillah sebaik kami selesai je solat zohor, groupmates semua dah ready nak gerak ke 1st checkpoint.. hujan pun reda and tak lebat macam sebelum ni,, and just nak highlight kan bila kita dahulukan yang wajib, Allah akan mudahkan urusan kita.. See! hehe.

           First checkpoint terletak berhampiran dengan surau kami solat tadi.. ada dua orang fasi jaga..tak sure la nama game ni apa..yang aku ingat conclusion game ni nak mengajar seseorang untuk belajar bermasyarakat...dalam kehidupan ni kita tak boleh hidup sorang2.. walau semudah or sesukar mana pun kehidupan seseorang tu, we need each other to survive!! yeah. Haa habis first task kami diberi markah oleh fasi yang jaga checkpoint ni..haha paling lawak kiteorang satu group kena "wefie" buat muka paling buruksss untuk dapat markah lebih.lulz. 

          Second checkpoint kami kena  cari bahan-bahan kitar semula yang berada di sekitar pantai dan gunakan bahan-bahan tu untuk dijadikan kasut/selipar..haha so sementara nak fikir idea inovasi buat kasut kitar semula nih..kami skip terus pergi ke checkpoint yang ketiga iaitu "lukis&teka!" haha ni kot nama game ni..entah la nakkk~ kira game ni lebih kurang game dalam reality tv show "Running Man".. pada sesiapa yang tengok tahu lah kan! muehehe

        Orang first kena lukis berdasarkan soalan yang diberi, then lukisan tu kena tunjuk kat org second, pastu org second ni kena lukis berdasarkan lukisan org first..org third pon sama..sampai orang yang terakhir dia kena teka apakah lukisan tersebut.. memang macam2 bentuk lukisan keluar wehh haha, ada yang sepatutnya kena lukis koala bear tapi lukisan macam gajah.hahaha nasib laa.

        Then bila dah dapat markah untuk 3rd checkpoint, kiteorang sambung cari bahan recycle nak buat kasut, last2 kasut yang kiteorang nak buat terdiri daripada kertas A4,polystrene dan plastik. haa bayangkan la sendiri gyupa kasut kiteorang,,,haha kalau sekali pandang macam org sakit kaki pakai kain anduh pon ada...haha watever~ Yeay chckpoint 2 pon dah dpt markah dah settle,akak fasi tu gelak je tengok inovasi kiteorang, sbb wakil kumpulan kena pakai kasut tu dan jalan sepuluh  langkah untuk tgok kestabilan kasut tu,,,haha 

         Pastu gerak ke checkpoint 4,5 dan 6... haa game2 kat setiap chckpoint ni pon best! Haha tapi malas nak citer. Yang aku heksaited sangat nak shareee ni.. habis je explorace, kiteorang ada aktiviti bebas sampai pukul 6...then apa lagii memang terjun laut laaa...haha lama tak mandi laut, so cuti hari tu memang seronok sangat mandi laut dgn kawan2.Best sebab first time try mandi kat bahagian dalam2,usually aku dok kat tepi2 persisiran pantai je =P

           Dah gerak nak balik uncle bas stop kan kami kat pasar malam pulakk. Fuhh mmg heaven jumpa makanan lepas dah bermandi-manda!! haha k lah sampai sini je. Aku tengok macam essay SPM dahh entry kali ni. XD

-intann safrann-                    

Monday, 16 November 2015

CUTI

Assalamualaikum.

          Yeay!! Cuti midterm dah habis...  tak sabar nak belajar..tak sabar nak masuk kuliah~~~ *sambil melompat-lompat kegembiraan*. Hahaha nampak benor nipunyaa kann..huuuu T_T

         So nak cerita sikit pengalaman waktu cuti baru-baru ni pergi Port Dickson..hee bukan family day tau! Tapi kiteorang pergi sana untuk Hari Induksi Kelab Wawasan. Kelab Wawasan tu apa? haa Kelab Wawasan ni salah satu kelab yang ditubuhkan kat UKM ni..so basically kelab ni dibawah KAB (one of kolej kat ukm) and aku lak dok kat KKM..cam takde kena mengena kann..haha  aku join kelab ni sebab ikut kawan lol...takde la.. sebab kelab ni banyak buat aktiviti-aktiviti yang menarik antaranya ialah BagPack ke Indonesia..haa tu buat aku tertarik join kelab ni. Okay rasanya setakat tu mukaddimah pasal kelab ni..=p

        So berbalik kepada trip aku ke Port Dickson dalam masa satu hari,,iyee hanya 1 hari! dalam masa yang singkat tu aku dapat macam-macam pengalaman yang baru. Hee kiteorang gerak pergi sana pagi dalam pukul 8 lebih cam tu... naik bas 'yukeyem"..hehe. Pastu sampai sana tak ingat kol bape sebab tak tengok jam..tapi perjalanan dari Bangi ke PD tak jauh mana punn.. 

      Sampai je kat PD.. kiteorang berkumpul kat foyer, pastu diberi sedikit pengenalan tentang Kelab Wawasan then bermulalah aktiviti pertama, Ice Breaking..masa ni kiteorang dibahagikan kumpulan mengikut bulan kelahiran.. tak boleh lupakan bila kumpulan aku dipanggil untuk memperkenalkan diri..tapi sorang je wakil kena memperkenalkan setiap ahli kumpulan ..and wakil kumpulan tuu AKU lahh yang kena,,lulz. Nak kenal kan nama sorang2 ok lagii..tapii kumpulan lain tanya nama mak ayah setiap ahli dalam group aku tuu...memang aku hentam je nama parents dyorang,dyorang pon angguk-angguk kepala je tanda "haa betul la tu nama makpak aku" hahaha walaupun salah.. nak nampak chemistry punya pasal. XD

        Next activity, EXPLORACE!..kiteorang diberi masa dari jam 12.50 tgh hari sampai 3.30 ptg untuk completekan 3 tasks iaitu  makan, solat and settlekan 6 checkpoints. So memandangkan waktu solat masuk awal, group Khalid Al-Walid (nama group kita.hee) solat dulu sebelum pergi ke checkpoint pertama.. tiba-tiba..

k..to be continue InsyaaAllah.... *wait for the next entry yo!haha*


-intann safrann-

Thursday, 12 November 2015

Ehh aku dah kahwin !


Oh tidaak~ dlm beberapa saat je lagi status single aku akan bertukar . "Aku nikah kan dikau dengan...." . sah ! sah ! ehh betul ke ni aku dah bergelar isteri . Saat pertama kali aku salam cium tangan suami aku tuhan saja yang tahu perasaan aku masa tu. perrrggh! seriously rasa macam nak tekeluaq jantung nih ! seram sejuk aku di buat nya . rasa nak pengsan weh. first time bersentuhan tangan.

Di permulaan awal perkahwinan, jujur memang aku kekok sangat dengan suami aku tu. Al-maklumlah sebelum ni single mingle semuanya buat sorang2, tak payah nak fikir macam macam. Kalau boleh biar lah perkahwinan aku ni berpanjangan hinggalah ke akhir hayat. 



Kahwin ni bukan sehari dua . Masih panjang lagi perjalanan. Sepanjang tempoh tulah masa untuk aku mengenali hati, perangai suami. belajar untuk menerima kekurangan dan terima suami seadanya. first time aku panggil suami aku "abang" euuww peliknya, aaabaang! haha! Nak cakap face to face pun malu taw. Rasa macam nak sorokkan je muka ni dekat mana2 tempat yang boleh aku sorokkan. hikkhik gurau je tu.


Dulu semuanya terbatas, heheh sekarang nak menggedik sama sama pun tak apa. Contohnyer gurau gurau manja, cakap i sayang you! apa apa lah kan . hehee...hyeepp! yang couple tu jangan dok nak menggedik mengada ngada taw.





Alhamdulillah usia perkahwinan aku dah pun nak dekat setahun. Dimata aku, suami aku lah yang terbaik sebab diya aje lah yang dapat terima perangai aku kekadang yang annoying unpredictable nih.. Aku juga dikurniakan seorang cahaya mata yang sangat comel. eh eh naik pangkat lagi status aku! mama kau! haaaha!


Antara tipsss ! hehehe selebihya korang carik lah kat Mr Google ! click aje tips tips dalam memaniskan lagi rumah tangga nih. hehe 




         Luahan hati seorang isteri dan juga seorang IBU~  - Aisyah -


 p/s: short story nii based on pengalaman kakak ipar aku,,, not me yaa !! hahaha =p



    -intann safrann-

Tuesday, 10 November 2015

Current Mood


Assalamualaikum.


Hampir 4 hari cuti midsem berlalu pergi and baki cuti kurang lebih 5 hari lagi...
Aktiviti waktu cuti mostly memang mereput kat rumah laa..huu

Sebelum cuti bukan main lagi dalam kepala ni dah fikir macam-macam benda..
nak siapkan assignments laa,study for final exam,.. ituuu... iniii...
Last-last... hampehhh~ =p
'What to do list' dah semangat buat hari tuuu...
Tapi sampai sekarang tak start apa-apa lagi. 
Oh Intann! Wake up wake up! 
Ehee..bila dah balik rumah.. nak duk tegak-tegak kat study table,
buka buku menelaah setiap subjek at least 30 min...
Oh my~~ memang tak pernah jadi realiti laa,
semua tu hanyalah mimpi semata-semata..haha.
So this time I nak cabar diri sendiri untuk completekan all my To-Do-List..huu
Nothing's impossible kann?
Wish me luck! 


-Intann Safrann-

NAFSU

Assalamualaikum...



Tengok tuu tak sia-sia Po, my panda belajar Kung Fu selama ni...
dapat pon dia gunakan ilmu kung fu untuk melawan hawa nafsu...
eh eh eh k mengarut! hahaha 

Bukan nak berceloteh pasal Kung Fu Panda..

Tidak sama sekali!

Entry kali ni I nak share sikit pasal N A F S U !

Yeah sebut senang, hanya ada 5 huruf .. Tapii nak mengawal nafsu teramatlah payah,sukar,susah dan yang seangkatan dengannyaaa. Nafsu ni dari segi ilmiah nya adalah keinginan manusia yang tersirat dalam akal pikirannya.

 Kalau kita cakap pasal nafsu ni mesti fikir perkara negative jee kann?? hee 
ye la contoh nyer yang pompuan ni selalunya nafsu shopping... nafsu makann..
 memang tak boleh nak dipisahkan la gamaknya..hahaha
 Walau setinggi manapun keinginan kita untuk ber"shopping", pleasee jangan sampai berlaku pembaziran..ye la duit dah mengalir bak air sungai yang deras kan... =P

*actually tengah ingatkan diri sendiri supaya tak BOROS!* Adeh~ 

Nafsu makann lagi laa...bila dah start makan tu kadang2 tak boleh nak stop..haha mulut tu asyik nak mengunyah je 24/7.. Haa agak-agak rasa nak menterdarah tu,ingat pesanan ni
 "Makan sebelum lapar,berhenti sebelum kenyang". Ok! Hehe. 

Nafsu ada yang baik jugak iaitu nafsu yang tidak bertentangan dengan hati nurani serta perintah-perintah dan larangan-larangan yang Allah dah tetapkan. Haa ni daripada pembacaan aku laa. 

Dalam Islam terdapat beberapa jenis nafsu kategori baik dan buruk..
Boleh la search sendiri untuk tahu lebih lanjut..

Akhir kata jangan biarkan nafsu mengawal diri kita 
sebaliknya biar kita yang mengawal nafsu.


-Intann Safrann- 


Tuesday, 3 November 2015

Again Random !

Assalamualaikum...


           Haiii..hehe yeah macam biasa laa.. mood aku untuk menulis blog datang waktu 1,2,3 pagi. Now dah pukul 2 pagi.. aku still kat cafe buat assignments yang tiada kesudahannya (nak dapat line wifi punya pasal) *ceh*. 

         Takde laa sebenarnya baru siap assignment apps comp yang sir bagii..hahaha. Alhamdulillah dah selamat submit. fuhh legaa~~ Tu punn alhamdulillah lahh ada sahabat-sahabat yang sudi membantu,memberi tunjuk ajar, bagi guna printer tengah-tengah malam buta ni... Thank you girls! *takyah sebut nama la eh* You all know who you are~ ehehe =))  btw padan muka diri sendiri! siapa suruh buat kerja last minute. Nasib la Intannn~  

         Tajuk Access ni aku still blurr blurr lagii..huu hope kelas apps comp nnti dapat bagi tumpuan sepenuhnya, dapat faham dengan mudah bab database etc, andddddd hope sangatt aku tak terlelap masa sir ajar..eheh. =p  K bila ckp pasal tidur ni.. masa pon dah time. Lets zZzZzz~ Byee ! Good Mornight peoples !


-intann safrann-

Monday, 2 November 2015

MAKANAN

Assalamualaikum...


     Hai Hai Hai ! Lama aihhh tak buka blog niii...minggu nih agak busy dengan Midterm exam. Hee. Tapi takpe now ada peluang nak bercoret-coretan~~~~ hewhew

     Ok kalau nak tahu last week Sir bagi tema "Makanan"... and masa kat kelas Apps Comp time tu, aku dah laa tak breakfast lagiii... tuptup sir sebut pasal makanan..mmg perut aku terus buat "konsert" weh ..berkeroncong bagai..hahaha ok dah dah habis merapu. =P

      So macam aku ni seorang yang tak memilih sangat bab-bab makanan ni..kira tak cerewet laa. Aku makannn je semua makanan kat dunia ni yang penting mesti halal wa toyyiban ye~

       Tapiii percaya tak yang aku tak pernah makan PETAI ..selama aku hidup hampir 20 tahun nii...tak pernah sekali pun aku try makan petai.. tapi pernah la jugak nak tahu rasa petai tu macam mana semua. Tapi tak tahu laa  memang petai tak boleh nak masuk kat tekak nih.. huhu. [ byk betul 'tapi' kan..hehe]

      If my mom masak Sambal Udang PETAI ke, Sambal Sotong PETAI ke... si Intan ni akan ambil sambal dengan udang je, akan ambil sambal dengan sotong je... petai takkan disentuh langsung. Kadang-kadang tuh kalau TERambil petai sekali.. memang petai tu akan ku susun rapi dikeliling pinggan..hahaha buat hiasan jee.

       My fav food of course laa masakan ibu tercintaa..hehe *ayat cliche sgt*  Eh betul laa itulah hakikatnya..muehehe Entah la takde specific makanan yang aku suka... I bantai je semua makanan haha.

       Okay tu je untuk entry kali ni...if aku rajin nnti aku sambung lagi eh bab makanan ni..sbb citer makanan ni mmg tak pernah ada penghujungnyaaa...hehehe.

        -intann safrann-